Wednesday, October 27, 2010

Budak Baru. .

 


Salam...(Entri pertama yang baru ditaip)

Firstly aku nak ucap thanks kat kawan-kawan aku yang banyak tolong dalam pembikinan blog yang masih belum siap nih. Actually aku bangga beb sebab aku da wat blog. Yahooo! Haha.

KENAPA AKU NAK SANGAT BUAT BLOG??

-Aku nak cerita sal kehidupan aku, tapi tak dek la sume an. Tu da macam nak bukak pekung la pulak. Tak tak tak . . .! Aku wat blog nih sebab aku punya suke la kan. Da ade blog free, aku pon cube ler nk blaja. Bak kata orang, meneroka alam maya. Haaa.

-Jeles tengok kawan-kawan aku ada blog. Ceritannya camni, semalam aku bukak la blog-blog geng aku an, then macam-macam yang aku baca dalam keadaan mengantuk & terpakse, then bukan maen lagi diorang cerita-cerita sal kehidupan diorang, so aku pon makin teringin la. Haaa. And the other reasons sebab aku ni da jadi fan blogger-blogger yang terhangat dipasaran skarang. Cewah! Contoh blog tu macam blog akak cun Nur su'aidah, Fida Aishah, Ariffshah, Justkhai and banyak lagi ah. Bez woo bace entri-entri diorang. Memang tak boring la. Aku nak jadi macam diorang boleh?

-Aku malas nak keluar kan duit beli buku diari tu. Ala nanti kalau aku punye la menulis kat dalam diari tu, tup-tup hilang pUlak. Kena culik ke buku tuh, tak ke naya aku. Ngan rahsia hati nye berlambak. Uihhhhhhhh takot akaq! And better aku gune blog jek. Takdek la menghabiskan ink pen aku. Hahahaha macam ni punye orang pon ade ek. Ok diam skarang.

-Tambah kerja lapang. Tak dek keje boleh gak aku update cerita-cerita terbaru aku. Kan?

-Kebiasaannya ada orang yang wat blog ni sebab die pemalu and pendiam an, (betul ke?ishh aina, ko ni memandai wat teori sendiri) haa tapi aku ni bukan macam tu. TIDAK ok. Aku ni jenis huhahuha gak. Aku pendiam kadang-kadang jek, bila time tension. Sila jangan kacau time tersebut. Ekeke. Aku wat blog sebab nak fun-fun. :)

-Boleh bangga sikit-sikit ngan geng. Sebab ape? SEBAB AKU  SUDAH ADA BLOG. Weee. Hehe

Ok, dah siap mengarut.

So aku nak ucap terima kasih lagi kat siti nizam(rahsia hati), nurhajaparahdila(aku insan lemah), siti syukira(gadiz tulipz) sebab tolong aku wat blog nih. aku ni pon ada jugak yang buta nya sal IT ni. TQ sayang. nanti kalau ada yang aku tak faham, aku tanya korang lagi ok.


Erm cukup la sampai sini dulu, nanti kalau mengarut panjang-panjang mula la jadi karangan BM. Haa aku sebenarnya nak pegi kampus la. Nak tengok Soul of Dance, tapi tak leh pegi la pulak sebabnya kena study. Esok ada test. Da last week kuilah pon ada test lagi kan. . Hmm aku terima.

Malu. . Sebab baru cuba-cuba nak berblogging




Aku pergi study dulu ok (kalau berjaya la. Thee hehe), bubbye semua. salam kembali. :)



3 comments:

Budak kampung said...

hak3..keyboard menari~~selamat jagi blogger..

Syuki Mohd Sidi said...

dear.....welcOme 2 new life...as a blogger :) aja2 fighting!!!

Insan Lemah said...

afwan.. good luck!!!
gunakan benda free sebaik & sepuas-puasnya..lalalala