salam.
time subuh aku taip ni. hmm boring la. dah la mengantuk. btw, aku dah nak cuti. yihhaaaa! sebelum-sebelum ni jarang aku nak update blog nih. malas nak bukak. lagi pon ni personal kan. wat ape nak fikir lebih-lebih. hahaha
aku dah start cuti sem da. mungkin hari esok yang bersamaan dengan hari ni, iaitu jumaat, aku akan balik bersama abang-abangku. hmm, rindu lah kat mak n abah. aku punye cuti sem ni start 1 disember, sebabnya ari tu la exam aku tamat. bapak la gembiranya. hahahaha. tapi an, sem ni punye soalan terbapak-bapak lah payahnya. aku tak tahu la bape pointer aku untuk sem nih. harap-harap lah tak menrun. kalau dapat stable pointer pon aku dah bersyukur. means, three point five n above la. haa
point utama yang aku nak megeluh ni bukan ape, orang sepatutnya cuti sampai 2 januari 2011, tapi aku? aku kena balik sebelum tu taw! adoyai. kat sini ade program la. aku ni pon satu, gatal-gatal sangat nak join. tapi tak pe, aku rase ada hikmahnya yang tersangat la menyorok. hmmm aku redha n pasrah. cet!
aku duduk kat kolej nih kejenye menengok cerita korea jekla. haha. syok oooo. rase cam heaven jek. ok, sangat hiperbola!
ok la, dah luah. aku ni bukan seorang peluah perasaan yang bagus. sebabnya, aku ada kotak hati kat dalam diri aku ni. aku lebih suka pendam. pe barang luah perasaan nih. sikit-sikit sudah. eleh.
jam aku sekarang dah pukul 5.46 am, aku nak tido. hua3. esok nak angkut barang yang berat and besar gedabak tu. babai .
SELAMAT BERCUTI SEMUA. Hve a sweet holiday. :)
No comments:
Post a Comment