Assalamualaikum.
Hai-hai.
Aku sedih sangat sebelum ni sebab kekasih hati aku masuk wad. 4 hari pulak tu!
Aku sedih sebab tak pergi melawat dia pun. Bukan apa, doktor Lee tak bagi. Hmm.
Aku sedih sangat sebab kekasih aku kena serang dengan macam-macam virus penyakit. Kami dah mengikat hati masing-masing bermula tengah tahun 2009.
Tapi, aku tak sangka dia yang terlebih dahulu jatuh sakit, padahal aku dah pesan suruh dia jaga diri, jaga kesihatan baik-baik. Jangan abaikan kesihatan tu, sekarang tengok apa yang dah jadi. Sayang, sayang. Kenapa lah you degil sanagt. I merana tahu! Assignment tak boleh buat, nak surf internet pun tak boleh sebab asyik fikirkan you aja.
:(
=/
=(
-
-
-
-
-
Tapi sekarang selepas 4 hari aku dah mula gembira. Kelmarin doktor cakap kekasih hati aku dah boleh keluar wad. Dah sihat katanya. Gila gembira aku wei! Dah lama tak date sampai pagi-pagi buta. Tapi tak pernah lagi aku date sampai kena tangkap basah. Pandai-pandai cover lah beb. Haha. semalam aku dah start jumpa si dia. Tak boring langsung dapat lepak sama-sama sampai tengah-tengah malam. Tak ada sape pun yang kacau. Assignment aku pun dah mula berjalan seperti biasa. Yelah, hati dah tenang kan. Kekasih pun dah sihat, so tak de ape yang nak dirisaukan dah. Aku bahagia sekarang. :)
Sayang. thanks sebab dah sihat.
Sayang, thanks sebab teman I semalam and I harap kita akan bersama selam-lamanya. Kalau you tak sihat lagi, I tak nak bercinta dengan you lagi. Sakit sokmo buat menyusahkan I jek nak buat apa kan?
So, lepas ni jangan buat hal dah tahu. :)
Ok lah, sampai sini dulu. Nanit aku cerita lagi apa-apa yang patut. Oh ya, sayang aku tu laptop Compaq aku sebenarnya. I love you sayang. Papai
No comments:
Post a Comment