Thursday, August 1, 2013

Kembali menyengetkan diri di tahun 2013

Assalamualaikum.
setelah berbulan-bulan dan bertahun lamanya blog ni ditinggalkan bersawang, akhirnya, aku kembali.Hey I'm back!! haha
Ok memula nak certa pasal apa ek? haa sekarang aku bukan lagi pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, tapi sekarang aku dah sambung belajar di UiTM Pulau Pinang. Terkejut bak ang bila dapat tau aku dapat sambung jauh sampai sana. Tapi jauh tak jauh, aku pergi jugak. Dah abis satu sem pun dah. HAHAHA. Amboi kemain capslock! So sekarang Aina Nadia binti Ghazali merupakan pelajar in Human Resources Management. Nak kerja opis lettew. Haha. ada rezeki ada la kan. Insyaallah. Aminnn.

Bila dah masuk tahun baru, kawan lelaki pun orang baru. Kawan sekolah pulak tu. Entah macam mana boleh sangkut. Hihihi. Pape pun dia memang baik tambah sweet tambah tak pandai jiwang tambah jujur tambah penyabar kadang-kadang tambah tambah tambah.... tambah lah sendiri. Tapi entah tahan lama ke tak sebab malas nak letak harapan tinggi. Nanti karang putus, aku gop yang malu. Puih! Tapi kan memang aku ada cita-cita nak kahwin ngan dia. SEE gatal!

Oh ya, sebelum terlupa, sekarang dah 22 eh umur aku. Tua pulak rasa, tapi gila-gila masih ada, cuma kadang-kadang matang tu menjenguk jugak bila dia ada masa. Haha macam kawan pulak. Senget

Ok sebelum berakhir corat coret senget menget ni, ada pantun sikit

aku diam kau diam
jangan sampai dua-dua hilang
bila diam rindu datang
baik tengok tv sambil makan kerang.
yeay!

okbai. huhu



No comments: