Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

-Akur terhadap perjalanan hidup ini-

Sejak dua menjak ni aku sering memikirkan tentang perjalanan hidupku yang kurang lancar. Walaupun hakikatnya memang berlaku sedemikian rupa, aku tetap gagahi diriku untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang hamba di atas alam fana ini. Masalah datang bertimpa. Mengapa? Adakah itu merupakan ujian buat diriku? Aku mengaggap jawapan pada soalan aku itu sebagai 'ya'. Aku hanyalah manusia kerdil yang senantiasa membuat kesilapan di duniaMU. Ampuni aku YA ALLAH.

Hidup..
Aku mula mencari-cari identiti diri ku ini. Adakah akan kutemui akhirnya?? Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa supaya KAU akan memberi kelancaran kepada ku YA ALLAH. Kelancaran untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba yang sentiasa beriman dan beramal soleh kepadaMU.

Hidup..
Aku hidup kerna MU ya ALLAH. Aku juga hidup untuk berbakti kepada kedua orang tuaku yang tersayang. Entah mengapa hati ini sekarang semakin kuat merindui mereka berdua. Aku rindu mak dan abah. SANGAT!
aku rindu pada bebelan mak. Aku rindu pada gelagat abah tatkala mengusik makku. Sangat mengembirakan. Seolah-olah hilang segala masalah melihat mereka berdua. Maafkanku andai aku tidak menjadi seorang anak yang baik buat kalian. Tetapi ketahuilah bahawa kasih sayang kamu berdua tidak ternilai bagiku. Tiada tolak tandingnya. Hanya kalian permata hati ku. Adik beradikku? Ya aku juga amat mencintai kalian semua. Abang-abangku, ketahuilah bahawa walaupun perangaiku amat menjengkelkan kalian, aku amat bahagia dan bersyukur dikurniakan adik beradik seperti kamu. Syukur ya ALLAH. Adik......akak senantiasa merindui dirimu walaupun kamu sudah tiada di dunia ini. Akak sayang dan sentiasa mengingatimu. Tiada adik lain yang dapat menggantikan dirimu sayang. Akak doakan adik sentiasa tenang dan mengingati kakak di alam sana.

Hidup...
Semakin bertambah angka pada usia ku ini, semakin banyak cabaran yang terpaksa ku tempuhi. Aku tahu setiap cabaran itu mampu mematangkan diriku ini supaya menjadi seorang insan yang lebih berfikiran jauh selepas ini. Malah datang tanpa kita pinta. Ia seolah-olah bala yang  menimpa dan sejujurnya aku benci menghadapi masalah. Aku tidak suka menghadapi keslitan hidup. Tetapi aku menerimanya dengan rela YA ALLAH. Itu ujian darimu kepada hambamu dan KAU maha mengetahu segala apa yang KAU lakukan. Tangkan diriku ini bagi meghadapi segala kesulitan yang melanda dalam hidupku YA ALLAH.

Hidup..
Tenangkan lah dirimu. Biarkan aku menjani kehidupan dengan tenang. AMIN..

Thursday, December 2, 2010

Hari ini hari JUMAAT.

salam.

time subuh aku taip ni. hmm boring la. dah la mengantuk. btw, aku dah nak cuti. yihhaaaa! sebelum-sebelum ni jarang aku nak update blog nih. malas nak bukak. lagi pon ni personal kan. wat ape nak fikir lebih-lebih. hahaha

aku dah start cuti sem da. mungkin hari esok yang bersamaan dengan hari ni, iaitu jumaat, aku akan balik bersama abang-abangku. hmm, rindu lah kat mak n abah. aku punye cuti sem ni start 1 disember, sebabnya ari tu la exam aku tamat. bapak la gembiranya. hahahaha. tapi an, sem ni punye soalan terbapak-bapak lah payahnya. aku tak tahu la bape pointer aku untuk sem nih. harap-harap lah tak menrun. kalau dapat stable pointer pon aku dah bersyukur. means, three point five n above la. haa

point utama yang aku nak megeluh ni bukan ape, orang sepatutnya cuti sampai 2 januari 2011, tapi aku? aku kena balik sebelum tu taw! adoyai. kat sini ade program la. aku ni pon satu, gatal-gatal sangat nak join. tapi tak pe, aku rase ada hikmahnya yang tersangat la menyorok. hmmm aku redha n pasrah. cet!
aku duduk kat kolej nih kejenye menengok cerita korea jekla. haha. syok oooo. rase cam heaven jek. ok, sangat hiperbola! 

ok la, dah luah. aku ni bukan seorang peluah perasaan yang bagus. sebabnya, aku ada kotak hati kat dalam diri aku ni. aku lebih suka pendam. pe barang luah perasaan nih. sikit-sikit sudah. eleh.

jam aku sekarang dah pukul 5.46 am, aku nak tido. hua3. esok nak angkut barang yang berat and besar gedabak tu. babai .

SELAMAT BERCUTI SEMUA. Hve a sweet holiday. :)