Wednesday, October 27, 2010

One step to die baby.

Salam. (Entri kedua untuk budak baru. Hehe)

  Pada 28 Okt 1991, hari yang bermakna (lupa hari apa waktu tu,) tepat jam 1.30 pagi yang hening, lahirlah seorang bayi yang suci dan murni yang berbekalkan berat badan yang agak ringan iaitu 2.9kg.  kuweek-kuweek-kuweek. 
Wah, sungguh indah ciptaan  Mu Ya Allah. Alhamdulillah. Bayi perempuan! Satu-satunya bayi yang ditunggu setelah lamanya penantian bagi mendapatkan bayi perempuan yang mana lahirnya dua orang anak lelaki atau hero terlebih dahulu.

'Allahuakbar allahuakbar. Asyhaduallahilahaillallah. Waasyhaduannamuhammadarrasulullah. Haiya'alassolah. Haiya'alalfalah. . . . . . . . . '

Bayi yang indah ciptaan-Nya itu diberi nama Aina Nadia Damia binti Ghazali. Sedap bukan namanya? Ya, memang indah bagi yang memilikinya kerana nama tersebut diberi oleh kedua orang tua yang disayangi. Mak & Abah.

Hari ini, 28 Okt 2010, aku sudah genap 19 tahun. baru 19 tahun kan, belum 90 tahun lagi. Huhu. ramai yang ucap Selamat Hari Lahir  kat aku. Bukan sahaja di telefon mahalku, tetapi terdapat juga ucapan tersebut di muka buku aku. Eh Aina, kenapa skema sangat ko ni? Cakap je la FACEBOOK. Hmm, aku memartabatkan Bahasa Melayu ok. (Monolog dalaman semata-mata). Terima kasih ye semua. Kamsamida. *Pengaruh korean movie sangat tinggi di situ*

Ok. Sekarang aku nak ucap kat diri aku sendiri pulak. Aina, sekarang kamu sudah berusia 19 tahun. Dah  boleh kahwin, gatal!. Semoga dirimu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Seronok ke bila time hari jadi ni? Hmm bagi aku, masa kecil-kecil memang la best sebab ada dapat hadiah. Eh eh, pernah ke ko dapat hadiah masa kecil-kecil dulu? Teeet aku pun dah lupa. Rasa cam pernah jek. Haaa dulu abah aku pernah belikan roti canai bagi menggantikan kek. Huhu kenangan tu manis betul. Masa budak-budak, memang la merajuk sikit-sikit kan, tapi bila ingat balik masa sekarang, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya abah nak sambut hari jadi anak perempuan dia ni kan. :)
Jemput makan kek. Aku belanja. :)

Bila umur da makin meningkat nih, takut pulak aku nak tunggu hari jadi tahun depan. KENAPA? Hmm. Kalau  dah masuk tahun 2011 tu, maknanya aku dah 20 lah wei. Hadoiii. Angka 2 tersebut cam pedih je aku nak terima. Tapi kan, tua sangat ke? Aku masih lagi boleh gelak kuat-kuat kan? Ah! Peduli orang kata, janji aku bahagia. Haha.

Walaubagaimanapun, bagi aku birthday-birthday segala macam ni jangan lah kita nak exited sangat. Kenapa? Sebab semakin bertambah usia seseorang tu, semakin bertambah lah langkah kita ke arah kematian. Jadi, bersedialah wahai manusia. Bak kata kawan aku ni , dia mesej dan ucap macam ni 'one step to die'. Eh seram pulak aku dengar. Tapi memang ada betul nya. Mati tu bila-bila je boleh berlaku. sebagai manusia, kita harus bersedia dengan amalan-amalan yang perlu dibawa sebagai bekal ke sana. Aku punya amalan pun belum tentu cukup lagi. Baru sebipis kulit bawang je kot. MasyaAllah.

Aku berazam nak jadi anak yang baik sempena kehidupan aku yang ke 19 ni. Azam yang aku buat tu bukan bermakna aku ni anak yang jahat, mintak dijauhkan, tetapi aku cuma nak jadi anak yang LEBIH baik. Amin. Semoga aku dapat tingkatkan amalan-amalan aku. Amin.Semoga aku sentiasa diberi kesihatan baik berpanjangan dan sentiasa hormat kepada orang yang lebih tua daripada aku, tak bermakna kat yang muda dari aku, aku boleh kurang ajar sesuka hati. TIDAK. InsyaALLAH aku akan berusaha ke arah itu. Walaupun tidak berhasil, sekurang-kurangnya ada usaha di situ kan.

Ok la, aku rasa cukup sampai sini dulu bebelan aku. Nanti ada cerita lagi, aku akan luahkan dengan jari jemariku menari di keyboard ini. Cewah. Hahahaha. Lastly 'SELAMAT HARI JADI YANG KE 19 to AINA.' :)

p/s:
> Aina nak hadiah boleh tak? Ee tak malu. Hehe
> Gembira sebab kuiz petang ni boleh bincang. KUIZ ke kalau macam ty?> Entah, aku tak taw. :)
> Rindu kat mak dan abah. Tak sabar nak balik.
> Ada yang telefon hari ni dan semalam. Thanks to him.
> Sayang de'KAMI dan ILAH.
> Daa semua.
> Assalamualaikum wbt.


2 comments:

Insan Lemah said...

Sanah helwah ya habibi, msej 2 bkn brtujuan 2k menakutkan..tp, sekadar peringatan buat diri (trmsk diri sndiri)..kematian satu kepastian..dia xkn 2nggu atau cpt..hnya ALLAH yg MAHA TAHU..hehehe,btw..HAPPY BEFDAY, semoga sukses selalu...!! (tersenyum aq baca entry ko ^_^)

Insan Lemah said...

nukilan buat aina nadia
http://akuinsanlemah91.blogspot.com/2010/10/nukilan-buat-aina.html