Sunday, December 26, 2010

corat coret 2010




salam. 
tahun 2010 dah nak abis. tinggal beberapa hari je lagi tahun 2011 akan memunculkan diri. sebagai seorang manusia yang hidup di muka bumi ni, aku rasa sangat bertuah sebab ALLAH masih sudi memanjangkan usia ku sehingga ke hari ini. InsyaALLAH tahun depan yakni tahun 2011, usia ku sudah pun menjangkau 20 tahun. MasyaALLAH. aku bersyukur kepadaMU ya ALLAH.


pabila usia menjangkau 20 tahun, itu bermakna sudah 20 tahun aku mampu bernafas menggunakan hidung ciptaanNYA. Hidup lagi aku erk. lama tahu nak sampai ke usia ni. tapi itu cuma angka. AKU tetap AKU. still gila-gila dan kadang-kadang macam budak-budak kecil yang senantiasa ingin bermain hingga lewat senja, padahal semakin usia meningkat, semakin aku dekat dengan perubahan fasa-fasa kehidupan yang patut aku lalui bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. walaupun begitu, aku akan cuba untuk mempertingkatkan diriku ke arah kedewasaan perlahan-lahan dengan kerelaanku sendiri. NO paksa-paksa ok.


btw, aku merupakan seorang penuntut dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak di UPSI, Perak. aku mula menimba ilmu disini pada tahun 2009, bulan Julai. sekarang sudah penghujung tahun 2010. maknanya sudah 3 sem aku menjadi warga UPSI. aku bangga sebab kerjaya yang melibatkan pendidikan ini iaitu cikgu merupakan salah satu pekerjaan yang mulia. biarlah gaji tu orang cakap ciput or so whatever la kan, aku peduli apa. apa yang penting, aku mampu mendidik seseorang itu menjadi manusia yang berguna. didikan itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri seseorang individu itu sejak kecil kan atau bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. haa dengan adanya didikan yang diberikan semenjak kecil, maka apabila dewasa kelak, mereka mampu mencorakkan belang-belang kejayaan dalam kehidupan mereka pada masa hadapan, insyaALLAH.


kehidupan sebagai pelajar di UPSI sangat mencabar. aku tak bermaksud kat sini tiap-tiap hari kitorang berperang, main baling-balin bom bagai. tak! apa yang aku nak keluhkan kat sini cuma bayaran yuran setiap sem. aku rasa bayaran tu dah macam duduk hotel da. duit PTPTN pun tak delah banyak sangat, tapi kalau dah tolak duit yuran and sebagainya, mau tak makan jugak la untuk bulan-bulan yang terakhir. last-last kena call mak ayah and abang-abang mintak duit. kesian diorang, kan ke dah menyusahkan namanya tu. hmm tu jela yang mampu aku luahkan. tang bape bayaran tu biarlah senyap-senyap sudah. ok fine, close the case. cewah! cam CSI dah. haha


emm time aku belajar kat sini, aku ada geng sendiri. is mean member-member rapat lah. aku ni berasal dari pahang, kawan-kawan aku yang lagi 5 orang tu berasal dari macam-macam negeri lah. dari borneo pon ada ok. haa kelasss gitu! nama kawan-kawan aku tu khalijah roslani(johor), siti maisarah yakat ali(p.pinang), siti nizam samsudin(sabah), siti nor syukira mohd sidi(kelantan) and yang last sekali nurhajaparahdila nurdin(pon sabah). selama 3 sem aku kat UPSI, antara 5 orang kawan aku tu, 3 3 sem lain orangnya yang leh dikirekan jadi besty friend la. haa sem 1, aku rapat ngan siti nizam@mazien, sem 2 pulak aku rasa aku rapat ngan nurhajaparadila tu n sem ni(sem 3) aku paling rapat ngan khalijah roslani(jeje). kemana-mana berdua. aku dah anggap jeje ni macam kakak aku dah(even fizikal kitorang berbeza). aku anggap dia tu kakak sebab jeje ni ada sifat penyabar yang lebih. memang la dia suka mengencang, tapi lantak lah, dah tu hobi dia, aku tak nak lah halang. hahaha. kalau aku nak mintak dia buat sesuatu, mesti dia membebel dulu pastu mesti dia buat jugak. syokk betul lah kau lijah! lebiu lebih. huhu. pape pon aku tak leh lupa kenangan ngan makcik sabah sorang tu. siti nizam. time aku sem 1 aku paling rapat ngan dia. dah macam belangkas. siti ni perangai dia lebih kurang jek ngan jeje. kuat mengencang jugak. haha. tapi u'r the best la siti. miss that moment bile melepak sama-sama, pegi pekan sama-sama and banyak lagi lah kenangannya. agipon time tu kan sem 1, semuanya masih baru, tak tahu apa-apa, bagi aku, time kita bersama(ceh ayat, cam orang bercinta), aku anggap kita ni macam meneroka sesuatu yang baru.  nurhajaparahdila pulak, dia ni islamic orangnya. tapi kalau melepak sama-sama, kurang terpancar sifat-sifat islamic tu. kenapa? haa itu rahsia. kan dila? haha. tapi islamic-islamic dia, still lagi dia seorang yang happy go lucky until die. haa ambek ko! :). 


erm cerita pasal kawan yang lain, siti nor syukira. aku panggil dia syuki jek. dia ni bila ngan kitorang, dialek time borak cool jek beb. tak tipu! malay standard tetap utuh. tapiiii, bila jumpa ngan kawan-kawan yang senegeri dengannya, nak pecah perut aku ketawa. kecek qlate la jawabnya. tapi aku tak kisah pon, ko cakap jawa sembrono pon aku tetap nak kawan ngan ko syuki. dont worry k. syuki ni pon orangnya cute. eleh bangga la tu. bukan pe, kalau dengar dia cakap, haiyya lembutnya la. tap bab mengencang dia kurang sikit. kalau dia marah sangat, mesti dia menagis punya la. senang kan? huhu macam-macam cara manusia ni. :). 


haaa geng aku yang last ni anak mami penang. nama dia siti maisarah. anak tunggal, no siblings. best kan? huhu. sarah ni aku dah boleh anggap mak kat sini. time sem 2, sarah ni lah yang selalu jaga masa kitorang, kalau cepat, mesti baik jek muka dia. tapi kalau lambat, macam singa nak makan orang. garang betul. pastu kan mesti kitorang kena bebel. huu mummy, we'r sory k. tak sengaja lambat. eleh konon. haha. tapi even sarah ni garang, hati dia baik. kalau kitorang susah jek, dia lah orang yang paling risau. see, dalam keburukan tu, still ada kebaikan dan kelebihannya. jangan pandang orang sebelah mata k! hmm how about aina? um aku ni seorang manusa yang ada kelemahan and kelebihan yang tersendiri. nak terima, terima. tak nak terima, pegi masuk kubur lah. peduli apa aku. nobody perfect right. so jangan nak tengok kelemahan orang lain then kutuk. tak baik! n agak-agak sem 4 nanti, ngan sapa pulak lah yek aku rapat. haa no komen. we'll seeee. :)



sepanjang berkawan ngan diorang ni, macam-macam kenangan dah tercipta. manis, pahit, masin, tawar hebe, kelat, masam semua ada. pilih jek la nak yang mana. tapi walaupun macam tu, aku tetap happy berkawan ngan diorang. tanpa kerenah and gelagat diorang, tak berseri hidup aku. korang lah penerang and penyeri hidup aku taw. love D'KAMI.
                          
pape pon, aku berharap, sepanjang aku menuntut ilmu di sini, hubungan persahabatan kami akan ukuh terjalin buat selama-lamanya. aminn. lastly, aku sayang korang semua. nantikan 2011 dengan pelbagai program sepanjang tahun. program apa? tanyalah diri sendiri k. anda lah yang bakal mencorakkan tahun 2011 tu dengan perkara yang berfaedah atau sebaliknya. daa

1 comment:

Budak kampung said...

Hahaha..Na, baru baca ney. Wah3..berhabis ko komen kitorg eh. btw, best lah..bak kata kumtum post mortem smlm..full mark !!! Hahaha..love infinity dear :)