Sejak dua menjak ni aku sering memikirkan tentang perjalanan hidupku yang kurang lancar. Walaupun hakikatnya memang berlaku sedemikian rupa, aku tetap gagahi diriku untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang hamba di atas alam fana ini. Masalah datang bertimpa. Mengapa? Adakah itu merupakan ujian buat diriku? Aku mengaggap jawapan pada soalan aku itu sebagai 'ya'. Aku hanyalah manusia kerdil yang senantiasa membuat kesilapan di duniaMU. Ampuni aku YA ALLAH.
Hidup..
Aku mula mencari-cari identiti diri ku ini. Adakah akan kutemui akhirnya?? Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa supaya KAU akan memberi kelancaran kepada ku YA ALLAH. Kelancaran untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba yang sentiasa beriman dan beramal soleh kepadaMU.
Hidup..
Aku hidup kerna MU ya ALLAH. Aku juga hidup untuk berbakti kepada kedua orang tuaku yang tersayang. Entah mengapa hati ini sekarang semakin kuat merindui mereka berdua. Aku rindu mak dan abah. SANGAT!
aku rindu pada bebelan mak. Aku rindu pada gelagat abah tatkala mengusik makku. Sangat mengembirakan. Seolah-olah hilang segala masalah melihat mereka berdua. Maafkanku andai aku tidak menjadi seorang anak yang baik buat kalian. Tetapi ketahuilah bahawa kasih sayang kamu berdua tidak ternilai bagiku. Tiada tolak tandingnya. Hanya kalian permata hati ku. Adik beradikku? Ya aku juga amat mencintai kalian semua. Abang-abangku, ketahuilah bahawa walaupun perangaiku amat menjengkelkan kalian, aku amat bahagia dan bersyukur dikurniakan adik beradik seperti kamu. Syukur ya ALLAH. Adik......akak senantiasa merindui dirimu walaupun kamu sudah tiada di dunia ini. Akak sayang dan sentiasa mengingatimu. Tiada adik lain yang dapat menggantikan dirimu sayang. Akak doakan adik sentiasa tenang dan mengingati kakak di alam sana.
Hidup...
Semakin bertambah angka pada usia ku ini, semakin banyak cabaran yang terpaksa ku tempuhi. Aku tahu setiap cabaran itu mampu mematangkan diriku ini supaya menjadi seorang insan yang lebih berfikiran jauh selepas ini. Malah datang tanpa kita pinta. Ia seolah-olah bala yang menimpa dan sejujurnya aku benci menghadapi masalah. Aku tidak suka menghadapi keslitan hidup. Tetapi aku menerimanya dengan rela YA ALLAH. Itu ujian darimu kepada hambamu dan KAU maha mengetahu segala apa yang KAU lakukan. Tangkan diriku ini bagi meghadapi segala kesulitan yang melanda dalam hidupku YA ALLAH.
Hidup..
Tenangkan lah dirimu. Biarkan aku menjani kehidupan dengan tenang. AMIN..
3 comments:
i/Allah... ak percaya yg ko leh hadapi sume dugaan ni ngn tabah... =)
ujian yg ALLAH beri, tnda syg ALLAH kan kita sbgai hmbaNYA.. terima dgn hati yg tenang..
**TURN TO ALLAH BEFORE YOU RETURN TO ALLAH, insyaALLAH...
terima kasih syuki n dila. Nedd your lovely support to through this life. :)
Post a Comment