Tuesday, October 15, 2013

selamat hari raya aidiladha

Assalamualaikummm
Hihi dah lama tak update kan. Ok lah malas cerita panjang, aku nak ucap seamat hari raya aidiladha. Sekarang nih setahun 2kali aku raya. Kemahinn
Oh ya, lupa nak cakap, aku dah boleh lupa kau la lelaki. kadang-kadang jek teringat lagi. Haha membazir air mata jek doe. Podachi!
Semalam aku raya bertiga jek dengan mak abah. Kesian pulak rasa. Hahaha. Abang-abang yang lain tarak.
Sempat kami bergambar semalam. Sporting sangat mak abah aku ni bergambo! Terbaik lah. Tu dalam facebook, dalam instagram aku dah lekat gambar-gambar tersebut. Hoho
By the way, sekarang ni aku cuti seminggu. Naik cuti ni nanti test berlambak-lambak wooo. Study pun belum lagi nih apacita bro? huuu seram bak ang!
Ok lah kena study sekarang ni. Ok acah-acah -__________-
Sehingga bertemu lagi
Adiyos amigos de amor! 

Saturday, August 31, 2013

Menghitung hari

Bismillah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.

Tinggal lagi seminggu sebelum cuti semester aku berakhir. Maknanya akan genaplah 2 bulan hubungan kita dah tak bermakna. Kan? 
Harap-harap hari-hari cepat berlalu sebab aku dah tak larat duduk sunyi kat sini sorang-sorang. Sekurang-kurangnya bila aku kembali belajar boleh lah aku lupakan kekecewaan aku ni.
Inilah kali pertama aku rasa down sangat sebab cinta. Tak tahu lah apa pasal aku lemah sangat kali ni. Tapi serius memang perit. Dengan yang dulu pun tak adalah seteruk ni.

Kalau lah 2 bulan lepas aku tak cakap mcam tu kat kau, mesti sekarang ni kita mesej, jumpa selalu kan macam sebelum ni. Sumpah aku menyesal. Menyesal gila babeng!
Tapi apakan daya, aku faham diri kau. Bila kau dah tekad, memang tak ada siapa boleh halang dah kan? Bila kau kata A, maknanya A lah. Boleh jadi seorang pemimpin yang tegas. Bagus dah tu. 
Hmm harap-harap kau bahagia lepas ni. Jangan bagi aku dengar apa-apa berita dari kau. Jangan biar aku tahu kau dah jumpa pengganti aku. Kahwin kau jangan jemput. Aku memang tak boleh nak hadap semua tu.

Memang dari awal pun salah aku sebab terima tawaran kau untuk 'couple' awal tahun baru ni. Sepatutnya biar je kita jadi teman tapi mesra atau pakwe makwe tapi bukan dalam peringkat 'couple'. Faham tak? Sebab bila kita putus dua-dua tak dapat apa. Cinta tak ada, kawan pun terus hilang. Kau yang mulakan couple, kau sendiri yang akhirinya dengan mudahnya. Mungkin 
kau fikir aku ni mulut jahat sebab pernah ada sejarah cakap lepas kat kau, kau anggap aku tak ada perasaan kan? Aku ni dah separuh GILA tahu tak! Menangis tiap-tiap malam macam orang hilang laki pun ada. Kalau boleh kira air mata ni, mau berbaldi-baldi jugak la. Haa sedih gila.

Tapi tak apa lah, mungkin kau ada sebab sendiri buat macam ni kan. Mungkin ada hikmahnya. Kalau ada jodoh, akan dipertimbangkan, kalau tak ada, means tak ada lah.
Ok lah, panjang punya cerita, semoga kau berbahagia untuk selama-lamanya.
Salam.

Wednesday, August 28, 2013

Redha

Mungkin semuanya memang dah berakhir. 
Aku sahaja yang masih dalam dunia sendiri menunggu sesuatu yang langsung takkan kembali.
Cuba lah untuk melupakannya.
Usaha tangga kejayaan.
Aku kejar sesuatu yang sukar digapai.
Mungkin sudah begini takdirnya.
Semenjak putus cinta ni, ayat kemain bersastera lagi.
Andai dia jodoh kau, mesti dia datang semula.
Kalau tak, berdoa jelah semoga jodoh kau cepat sampai.
Aja-aja hwaiting!

Tuesday, August 27, 2013

Kenangan

Kisah merajuk kau dan aku.

Orang lain dating, kita pun nak dating. Hape laa.
Oh yaa, cakap pasal dating, teringat dulu kita pernah pergi shopping mall. Orang lain pergi shopping barang, tapi kita buat apa?
Kita tengok orang. Kita tengok orang bersihkan lantai. Kita tengok kedai-kedai. Kita bergaduh sampai aku bawak diri. Merajuk kononnya. Haha it was fun at all.

Kau kan jenis mulut lepas. Boleh main halau-halau aku. Hampeh betul. Hahaha. Jauh kan aku bawak diri. Sampai kat shop yang paling hujung. Nasib baik tu kedai buku. Boleh jugak aku belek-belek buku. Takut sebenarnya bila kau marah tu. Aku pun bukan la merajuk pun. Saja menggedik. Mesti kau menyampah kan? Ala as usual la. Aku pun dah tak heran. Layankan aja.

Tapi walaupun tak tahu nak buat apa pada mulanya, selain daripada merayap tak tentu hala, AKHIRNYA ada jugak barang kau nak beli. Polo-T GAP nokkk. Kelas kemain baju-baju kan. Aku tabik spring laaa. But semua baju kau cantik-cantik. Nak-nak yang aku pilih. Hehehe smart bila kau pakai.

Bila balik masing-masing dah penat. Terima kasih sudi keluar dengan aku. Agak-agak boleh keluar lagi tak? Tak apa, biar aku jawab. TAK BOLEH DAH.

Ahh kenangan! :'(

Monday, August 26, 2013

Still searching

Bismillah.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Baru lepas habis tengok cerita Korea. Haishh berjam-jam nak habiskan semua episod.
Bila tengok cerita korea, mesti ingatan makin kuat kat kau. Hakikatnya walaupun tak tengok drama korea, memang tiap masa pun teringat kat kau. Alaa jangan la bring the bad mood aina.

Okay-okay, hidup kena chill. Senyum. :)

Aku ingat lagi kali pertama kita jumpa. Jumpa tak beragak pulak tu tempatnya. Kat The Curve, Mutiara Damansara. Sanggup kau datang jauh-jauh kan? Aku terharu sangat-sangat. Walaupun masing-masing bawak teman, aku tetap rasa dalam kereta tu cuma ada kita dua orang. Yang paling tak boleh lupa bila kau boleh pulak tersasul panggil *sweetsweet* kan. Haa lupa la tu, kita bukan berdua tau, tapi berempat. Aku tak tahu sama ada diorang dengar ke tak, tapi telinga aku memang jelas dengar. Haha kenangan pertama kita.

Terima kasih sebenarnya dekat peneman-peneman kita tu. Kalau tak, mahu diam jugak dua-dua. Tak sangka hari pertama jumpa dah boleh main bowling. Waa masing-masing tunjuk bakat. Kau pun boleh tahan rendah-rendahkan aku kan? Mentang-mentang tangan aku kecil, kasut pun size kecil, habis semua kau bahan. But itu lah yang buat aku tersenyum lebar. Aku happy sangat masa tu. 

Hari tu, aku ingat semua pasal kau. Baju warna apa kau pakai, jeans warna apa, kasut jenis apa, semua aku ingat. Macam yang selalu kau puji, memori aku kuat. Hakikatnya memori aku kuat bila perkara tu berkaitan dengan kau. Aku sebenarnya seorang yang lemah dalam menghafal. Sebab tu setiap kali ada ujian kat universti, aku selalu dapat markah rendah. Hahaha poor me kan?

Bila kita first time jumpa, aku kelakar tengok kau. Ikut je kat mana aku pergi. Dah macam protector. Aku tahu kau makin nak rapat dengan aku kan? Aku faham sebab aku pun rasa perkara yang sama. Hehe. Masa kat dalam Tesco tu, aku saja je bawak korang round satu tesco tu. Sebabnya aku nak ada kat sisi kau lama-lama. Pandai kan aku? 

Hmm bila fikir-fikir balik semua ni, makin susah aku nak lupakan apa yang kau dah buat. Kita pun sekarang ni dah bukan macam dulu. Kau minta kita jadi kawan je kan? Aku hormat permintaan kau. Tapi untuk aku realisasikan tu memang susah. Memang perit. Aku pun tak tahu boleh buat ke tak sebab tu bukan perkara yang aku nak buat. 

Semoga hari makin cepat berlalu.

Thursday, August 22, 2013

I WISH

I wish I can get you back.
I wish I can love you forever and ever and everrrrr.
I wish I can married you and have a happy ending.
I wsh kita boleh dating macam dulu-dulu lagi. Sigh.
I wish there have a beach in front of my house.
I wish ada coolblog shop dekat tepi rumah.
I wish ada beribu-riban novel di rak buku dalam bilik sendiri. Yang latest ok.
I wish ada banyak baju-baju santekk dalam almari. Boleh?
I wish boleh jadi peniaga shawl halfmoon yang tengah meletopsss sekarang.
I wish ada sebuah rumah betul-betul depan pantai. Berangan?
I wish next sem boleh dapat pointer lagi tinggi.
I wsih sem depan dah boleh sewa kereta nak pergi jenajalan pulau pinang. Sewa kereta tau, bukan sewa broza dan sebagaimya.
I wish dapat buat penangguhan PTPTN cepat-cepat. Takutt
I wish boleh tidur sekarang.
Ok dah.

Oh ya, tadi pergi jamuan raya. Ramai tanya pasal anda. Tapi tak tahu nak jawab macam mana. Menyesal aku update status haritu pasal love u love u tu. Alih-alih aku terkena semula. Aku ni bodoh sangat ke? Tapi papepon, aku memang setia tunggu kau. Kenapa? Entah, memang tak nak lupakan pun sebab hari-hari doakan pasal kau. Habis sebut dah nama kau tu hari-hari dalam doa. Basah telekung aku sebab kena air liur aku kot. Mana tak nye, sakan berdoa nak dapat kau semula kan. Hehe

Ok nak pergi makan apam. Bai

Tuesday, August 20, 2013

Ku tunggu?

Aku ni tunggu sesuatu yang tak pasti ke?
Teringat kesanggupan kau datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa aku.
How sweet. Thank you. :)