Monday, August 26, 2013

Still searching

Bismillah.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Baru lepas habis tengok cerita Korea. Haishh berjam-jam nak habiskan semua episod.
Bila tengok cerita korea, mesti ingatan makin kuat kat kau. Hakikatnya walaupun tak tengok drama korea, memang tiap masa pun teringat kat kau. Alaa jangan la bring the bad mood aina.

Okay-okay, hidup kena chill. Senyum. :)

Aku ingat lagi kali pertama kita jumpa. Jumpa tak beragak pulak tu tempatnya. Kat The Curve, Mutiara Damansara. Sanggup kau datang jauh-jauh kan? Aku terharu sangat-sangat. Walaupun masing-masing bawak teman, aku tetap rasa dalam kereta tu cuma ada kita dua orang. Yang paling tak boleh lupa bila kau boleh pulak tersasul panggil *sweetsweet* kan. Haa lupa la tu, kita bukan berdua tau, tapi berempat. Aku tak tahu sama ada diorang dengar ke tak, tapi telinga aku memang jelas dengar. Haha kenangan pertama kita.

Terima kasih sebenarnya dekat peneman-peneman kita tu. Kalau tak, mahu diam jugak dua-dua. Tak sangka hari pertama jumpa dah boleh main bowling. Waa masing-masing tunjuk bakat. Kau pun boleh tahan rendah-rendahkan aku kan? Mentang-mentang tangan aku kecil, kasut pun size kecil, habis semua kau bahan. But itu lah yang buat aku tersenyum lebar. Aku happy sangat masa tu. 

Hari tu, aku ingat semua pasal kau. Baju warna apa kau pakai, jeans warna apa, kasut jenis apa, semua aku ingat. Macam yang selalu kau puji, memori aku kuat. Hakikatnya memori aku kuat bila perkara tu berkaitan dengan kau. Aku sebenarnya seorang yang lemah dalam menghafal. Sebab tu setiap kali ada ujian kat universti, aku selalu dapat markah rendah. Hahaha poor me kan?

Bila kita first time jumpa, aku kelakar tengok kau. Ikut je kat mana aku pergi. Dah macam protector. Aku tahu kau makin nak rapat dengan aku kan? Aku faham sebab aku pun rasa perkara yang sama. Hehe. Masa kat dalam Tesco tu, aku saja je bawak korang round satu tesco tu. Sebabnya aku nak ada kat sisi kau lama-lama. Pandai kan aku? 

Hmm bila fikir-fikir balik semua ni, makin susah aku nak lupakan apa yang kau dah buat. Kita pun sekarang ni dah bukan macam dulu. Kau minta kita jadi kawan je kan? Aku hormat permintaan kau. Tapi untuk aku realisasikan tu memang susah. Memang perit. Aku pun tak tahu boleh buat ke tak sebab tu bukan perkara yang aku nak buat. 

Semoga hari makin cepat berlalu.

No comments: