Sunday, July 31, 2011

Bulan puasa bulan mulia. Salam Ramadhan Al-Mubarak. ;)

Aku sekarang ni bukan berada di pahang, tetapi aku berada di rumah maknagh aku di selangor. Semalan aku balik sebab aku tak mahu balik semasa bulan puasa, nanti aku dahaga tak boleh minum. ;(. So aku terpaksa tinggalkan abah, mak dan rumahku yang tersayang demi memikirkan diriku. Adakah aku terlalu pentingkan diri? Malam tadi aku dah telefon abah dan mak ucap selamat berpuasa. Alahai sedih sanagt sebab tak dapat berpuasa dengan mak dan abah, tapi aku harus sedar dan ingt, semakin aku dewasa, semakin aku berjauhan dari mak dan abah. Berjauhan bukan bermaksud berjauh hati, akan tetapi berjauhan tenpat tinggal. Aku di perak, manakla mak abah berada di pahang. Sebagai seorang pelajar, aku harus akur dengan keadaan ini. Berpisah demi mencari ilmu yang akan kupergunakan bagi mengubah nasib keluargaku. InsyaALLAH.

Sahur tadi aku makan ayam rendang, telur dadar, wah sedap sangat, tapi hari ni jekot aku makan makanan yang sesedap itu untuk bersahur. Lepas ni duduk kat rumah sewa tak tahu lah apa yang aku nak makan. Roti barangkali? Huhu. Takpe, aku cuba jugak untuk bersahur lepas ini. Bersahur itu penting kerana ia membantu kita untuk menahan lapar, dahaga bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari. So itulah kebaikannya bersahur. Siapa yang tak bersahur tu sangatlah rugi. Bagi mereka tidur lebih penting daripada bangun untuk makan sahur. Aku harap sepanjang bulan ramadhan yang mulai ni, aku nak bersahur sepanjang hari. Aku nak tambahkan amalan yang kurang di bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga ALLAH swt memberkati doaku ini. Aminn.

As a conlusion, I want wish to all Islamic person, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Hope this Ramadhan give us happiness and more RAHMAT from HIM.

5 comments:

Anonymous said...

Selamat berpuasa ena :)

Syuki Mohd Sidi said...

selamat menjalani ibadah puasa =)

akuainanadia said...

selamat berpuasa juga kawan-kawanku :)

Sizzling Suzai said...

singgah cni...salam ramadhan iAllah smoga tahun ni lbh berkat dr yg sblm sblm sblm nye..amin :)

akuainanadia said...

Tq sis http://www.blogger.com/profile/11450628184165903297 cz singgah blog cauk nih. salam ramadhan for the next year! hihi. selamat hari raya