Monday, November 28, 2011

Entri taip cepat-cepat.

Assalamualaikum.

Aku baru pas siap buat diari harian sepanjang praktikal untuk seminggu start 21/11 sampai 25/11 ni. Fuiyoo kerja segera lah katakan. Hahaha. Lepas tu aku buat 1 RPH. Haa, tau tak RPH tu apa? RPH tu rancangan pengajaran harian. Aku kan cikgu, kena lah buat semua. Gila penat. Pening kepala aku nak fikir aktiviti. Choi!

Aku buat RPH untuk sehari jek dulu. Weh dunia! Esok pensyarah penyelia aku nak datang lah. Ya Allah, risau aku weh. Esok dah lah 3 orang pekerja tetap tak ada, pergi buat amali, so aku ngan Khalijah akan handle student sendiri-sendiri. Takut takut takut. Tolong tolong tolong!

Ok, sekarang aku mahu masuk tidur. Esok kena bangun awal. Letih lah jadi orang dewasa nih. Kan bagus dapat jadi budak jek. Tak payah nak fikir masalah. Tapi aku tetap bersyukur sebab Allah masih memberi aku peluang hidup di atas bumi nya yang indah ini. Alhamdulillah.

Selamat malam semua. Doakan esok segalanya berjalan lancar. Aminn.

No comments: